fbpx

Motac banteras perkhidmatan ‘bas persiaran sapu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazshida (kiri) memeriksa sebuah bas persiaran di pekarangan Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Segelintir pihak dikesan mengambil kesempatan keghairahan orang ramai bercuti pada musim cuti persekolahan bermula semalam dengan menyediakan perkhidmatan ‘bas persiaran sapu’.

Golongan itu dikesan bukan sahaja mengendalikan rombongan pelancong secara haram malah menggunakan kenderaan tanpa permit yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengguna sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Terengganu, Mazshida Ruslal berkata, operasi penguatkuasa yang dilakukan di destinasi pelancongan terkenal negeri ini semalam berjaya mengesan enam kes kesalahan berkaitan.

“Tiga kesalahan melibatkan pengendalian rombongan pelancongan tanpa lesen.

“Bakinya pula menggunakan kenderaan tidak dilesenkan sebagai bas persiaran,” katanya sewaktu mengetuai operasi tersebut di pekarangan Muzium Negeri Terengganu di sini hari ini.

Operasi tersebut dilakukan secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mazshida berkata, dua kesalahan tersebut melanggar Seksyen 5 (2) Akta Industri Pelancongan 1992 dan Seksyen 20 akta sama.

Tambah beliau, Motac mendapati ramai menggunakan bas sekolah untuk membawa rombong melancong tanpa permit sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI