fbpx

Beri masa, ruang atlet cedera sembuh – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH Yeoh bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan di Banda Hilir, Melaka.

MELAKA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan kebajikan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, yang parah akibat kemalangan akan diberi perhatian.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS melalui Timbalan Menteri, Adam Adli bersama Majlis Sukan Negara (MSN) telah melawat atlet berkenaan.

Katanya, buat masa ini Nurul Masyitah masih perlu menjalani beberapa lagi pembedahan susulan.

“KBS bersama-sama MSN akan terus memantau dan memberikan bantuan serta tumpuan buat Siti Nurul Masyitah.

“Tumpuan kita adalah untuk memastikan dia kembali sembuh selain KBS masih menunggu laporan penuh daripada doktor untuk tindakan selepas ini,” katanya dalam sidang akhbar Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Tambah Hannah, KBS memandang serius kebajikan semua atletnya termasuk ketika sedang menjalani proses pemulihan.

Menurutnya, proses tersebut tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya memberi masa dan ruang yang mencukupi untuk atlet kembali pulih.

“Bagi Siti Nurul Masyitah yang masih perlu menjalani pembedahan sudah pasti memerlukan masa (sembuh).

“Apabila atlet kita dicederakan tidak kira siapa termasuk Faisal Halim (pemain bola kebangsaan), mereka memerlukan masa jadi kita tidak boleh tergesa-gesa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI