fbpx

Penjaja Bazaria Wangsa Maju akan diberi lesen, tapak baharu – Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto FACEBOOK BAZARIA WANGSA MAJU

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan pemutihan terhadap semua 165 penjaja tanpa lesen di Bazaria Wangsa Maju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, langkah berkenaan diambil bagi membolehkan semua penjaja terbabit ditawarkan lesen melalui inisiatif Lestari Niaga.

Bagaimanapun kata beliau, program pemutihan itu tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Mereka yang telah diberi lesen untuk kembali berniaga kelak, akan ditempatkan semula di kawasan gerai berlesen Bazaria Wangsa Maju atau di mana-mana lokasi yang berdekatan.

“Pihak Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk memastikan penjaja yang berdaya saing di Kuala Lumpur diberi peluang melalui inisiatif Lestari Niaga untuk meneruskan perniagaan mereka secara sah dengan tapak gerai yang lebih kondusif dan berstruktur,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu Zaliha berkata, Perobohan ke atas 165 tapak penjaja tanpa lesen di Bazaria Wangsa Maju dilakukan kerana telah menimbulkan polemik kepada peniaga berlesen di tapak sedia.

Katanya, ia termasuk menimbulkan kacau ganggu seperti gangguan aliran trafik juga penggunaan air dan elektrik yang diambil daripada sumber yang tidak sah.

“Kapasiti tapak sementara Bazaria Wangsa Maju pada masa ini mampu menempatkan 500 tapak untuk peniaga berlesen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI