fbpx

Jangan buat spekulasi kes Khuzaimi – Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Khuzaimi.

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC menyeru agar peminat bola sepak tanah air tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ‘pecah masuk’ kediaman pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee, kelmarin.

Pengurusan Gergasi Merah dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan, kes berkenaan harus diserahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan selanjutnya.

Kata kenyataan tersebut, pihak kelab mengambil maklum berkenaan insiden pecah rumah yang menimpa Khuzaimi dan laporan polis sudah dibuat.

“Insiden itu menyebabkan Khuzaimi mengalami kerugian harta benda, namun dia dan keluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Pihak kelab kecewa dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk jenayah di negara ini. Kami doakan keselamatan dan kesejahteraan Khuzaimi dan keluarganya.

“Diharap pelaku dapat ditangkap serta dibawa ke muka pengadilan,” kata Selangor FC dalam satu kenyataan.

Akhbar Kosmo! semalam melaporkan Khuzaimi yang juga pemain skuad Harimau Malaya kehilangan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport dalam insiden pecah masuk itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI