fbpx

EPL: Bekas pemain United dapat restu Alex Ferguson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCKENNA (kanan) dipilih sebagai Pengurus Terbaik LMA selepas membantu Ipswich dipromosi ke Liga Perdana Inggeris musim depan. - AFP

10MANCHESTER – Pengendali Ipswich Town, Kieran McKenna seakan mendapat restu daripada pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson untuk diangkat bagi mengetuai The Red Devils musim depan.

Selain mengucapkan tahniah kepada McKenna yang dipilih sebagai Pengurus Terbaik Persatuan Pengurus-Pengurus Liga (LMA), Ferguson juga merasakan pengurus muda itu memiliki potensi untuk bersaing di pentas tertinggi.

Ketika ini, kedudukan Erik Ten Hag di Old Trafford belum lagi terjamin, malah McKenna juga mempunyai pengalaman melatih skuad Bawah 18 Tahun United pada 2016 hingga 2018 serta pernah berkhidmat dengan skuad senior ketika era Jose Mourinho, Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick.

“Tahniah kepada Kieran McKenna atas anugerah LMA dan musim yang hebat bersama Ipswich Town. Dia adalah bakat muda yang ada reputasi hebat ketika berada dalam barisan kejurulatihan Manchester United.

“Kieran seorang yang merendah diri, mampu hadirkan ketenangan dan memiliki kemahiran teknikal serta taktikal yang bagus. Semua ini adalah diperlukan untuk jadi pengurus di peringkat tertinggi,” kata Ferguson.

Untuk rekod, McKenna mula ambil alih tugas Paul Cook di Ipswich Town pada Disember 2021 dan ia adalah jawatan pertamanya di peringkat senior.

Malah, McKenna juga turut dikaitkan dengan Chelsea bagi menggantikan Mauricio Pochettino dan juga Brighton yang ambil keputusan berpisah dengan Roberto De Zerbi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI