fbpx

Mimpi buruk petanda penyakit autoimun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUPUS turut dikenali sebagai autoimun. - Pexels

LONDON – Peningkatan dalam mimpi buruk boleh menjadi petanda penyakit lupus atau autoimun lain, demikian menurut satu kajian baharu seperti dilaporkan akhbar Metro UK semalam.

Lupus ialah keadaan yang berlaku apabila sistem imun badan menyerang tisu dan organ sendiri. Ia turut dikenali sebagai autoimun dan tidak boleh diubati.

Penyakit itu menyebabkan keletihan, sakit sendi dan ruam kulit. 

Penyanyi terkenal seperti Lady Gaga, Selena Gomez dan pelawak, Katherine Ryan adalah antara mereka yang hidup dengan keadaan itu.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Cambridge dan Kolej King’s London mengkaji seramai 676 orang yang menghidap lupus dan 400 doktor.

Walaupun kurang satu perempat daripada pesakit melaporkan halusinasi, tiga daripada lima pesakit lupus melaporkan mimpi buruk yang menyedihkan.

Mimpi-mimpi itu kebiasaannya melibatkan mereka diserang, terperangkap, dilenyek atau jatuh.

“Mengerikan, terasa seperti pembunuhan. Saya rasa semakin banyak tekanan yang dialami oleh badan saya,” kata seorang pesakit dari Ireland.

Penulis utama kajian itu, Dr. Melanie Sloan dari Universiti Cambridge berkata: “Adalah penting untuk doktor bercakap dengan pesakit masing-masing tentang jenis gejala ini.

“Pesakit sering mengetahui simptom mana akan menjadi petanda buruk bahawa penyakit mereka akan merebak.

“Namun, kedua-dua pesakit dan doktor mungkin keberatan untuk membincangkan gejala kesihatan mental dan neurologi, terutamanya jika mereka tidak menyedari bahawa ini boleh menjadi sebahagian daripada penyakit autoimun.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI