fbpx

Insiden pesawat SIA: Sembilan daripada 16 rakyat Malaysia alami kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dalam pesawat Singapore Airlines yang terpaksa melalukan pendaratan kecemasan di Bangkok selepas mengalami insiden gelora udara semalam.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok mengesahkan seramai 16 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Singapore Airlines yang melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok semalam.

Wisma Putra berkata, pada masa sama, sembilan rakyat Malaysia termasuk seorang anak kapal yang berada dalam penerbangan SQ321 dari London ke Singapura sedang menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami.

“Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan dan hospital yang berkenaan dan sedang menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat.

“Pada masa ini, enam orang rakyat Malaysia dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin dan tiga orang lagi di Hospital Samitivej Sukhumvit,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, menurut kedua-dua hospital, semua mangsa rakyat Malaysia yang terlibat mengalami kecederaan fizikal dan dalaman, manakala seorang rakyat lagi mengalami kecederaan kritikal tetapi dalam keadaan stabil.

“Mereka berada di bawah pengawasan di wad secara berasingan, dan sedang menunggu laporan perubatan.

“Kementerian Luar Negeri menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan agar semua mangsa yang cedera cepat sembuh dari insiden yang malang ini,” jelasnya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI