fbpx

Dua maut, seorang cedera kereta masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu membawa keluar mangsa yang terperangkap di dalam kereta di Batu 26, Jalan Bagan Datuk, Bagan Datuk hari ini. - Foto IHSAN JBPM

BAGAN DATUK – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Batu 26, Jalan Bagan Datuk dekat Kompleks Sukan Bagan Datuk di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Mohd. Azroisan Wahab berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 3.25 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dinaiki tiga lelaki yang terbabas ke dalam parit. Dua lelaki terperangkap di dalam kereta manakala seorang lagi tercampak keluar dan ditimpa kenderaan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, seorang daripada mereka yang tersepit dalam kenderaan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala rakannya pula cedera.

“Mangsa yang tercampak keluar dari kenderaan mengalami kecederaan parah dan turut disahkan maut di lokasi nahas. Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa cedera dibawa ke hospital,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI