fbpx

Restoran ‘lubuk’ PATI bekerja diserbu imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menggempur sebuah restoran di Bandar Baru Sri Petaling, di sini yang dipercayai ‘lubuk’ pendatang asing tanpa izin (PATI) mendapatkan pekerjaan.

Serbuan sekitar pukul 11.30 pagi tadi menyaksikan beberapa warga asing yang dikesan merupakan PATI bertempiaran lari dan berkeras tidak mengaku merupakan pekerja di premis berkenaan bagi mengelak daripada dicekup.

Bagaimanapun, hasil kecekapan pegawai dan anggota melakukan serbuan, helah digunakan warga asing tersebut berjaya digagalkan.

Selepas ditahan, ada antara mereka merayu hingga menangis agar tidak diambil tindakan lanjut.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan Op Belanja tersebut berjaya menahan 11 PATI termasuk lapan wanita atas kesalahan tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa.

“Semakan mendapati sembilan ialah warga Myanmar dan dua Indonesia.

“Turut ditahan ialah warga tempatan yang juga majikan kepada warga asing terbabit untuk siasatan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kesemua tangkapan berusia 20 hingga 45 tahun dibawa ke Ibu Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI