fbpx

Malaysia Masters: Wei Chong-Kai Wun ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG (kiri) dan Kai Wun meraikan kejayaan melangkah ke pusingan kedua Malaysia Masters selepas menewaskan Chien Wei-Hsuan Yi sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meneruskan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters selepas mengenepikan cabaran pasangan Taiwan, Chiang Chien Wei-Wu Hsuan Yi.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, beregu No.20 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 22-20, 21-12 dalam tempoh 36 minit.

Wei Chong berkata, pada perlawanan itu, mereka bermula dengan agak perlahan apabila membenarkan pasukan mendahului sebelum bangkit selepas Chien Wei-Hsuan Yi mendapat mata ke-11.

“Pada set pertama, selepas berbincang dengan jurulatih, kami ada melakukan perubahan sedikit dan mula mengutip mata demi mata. Saya gembira kerana kami dapat memastikan tempat di pusignan kedua,” katanya ketika ditemui sebaik tamat perlawanan.

Menerusi keputusan itu, Wei Chong-Kai Wun akhirnya mencatat kemenangan sulung ke atas Chien Wei-Hsuan Yi selepas pertemuan sulung di Terbuka Australia tahun memihak kepada beregu Taiwan berkenaan.

Menanti Wei Chong-Kai Wun di pusingan kedua Khamis ini adalah pemenang antara dua beregu negara yang lain, iaitu Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dan Nur Mohd. Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI