fbpx

Sindiket ulang-alik seludup diesel guna treler ke Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (dua dari kanan) memeriksa bahagian tangki tambahan pada treler tersebut pada sidang akhbar di Kompleks Kastam negeri di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kegiatan satu sindiket yang dipercayai menggunakan treler untuk berulang-alik menyeludup diesel sehingga ke Bangkok berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, baru-baru ini.

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, penyeludupan itu terbongkar hasil pemeriksaan ke atas sebuah treler di laluan eksport Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 24 April lalu.

Katanya, pemeriksaan ke atas treler bernombor pendaftaran Thailand itu menemui tangki tambahan mengandungi 1,920 liter diesel dianggarkan bernilai RM4,128 dan jumlah rampasan keseluruhan termasuk treler pula adalah sebanyak RM114,128.

“Kita turut menahan pemandu treler iaitu lelaki warga Thailand berusia 40 tahun bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam negeri di sini hari ini.

Kata beliau, sindiket dipercayai sanggup berulang-alik ke Bangkok setiap hari bagi mengangkut diesel yang dibeli dari stesen minyak di negara ini.

“Pemandu treler itu didapati tidak mengikut ketetapan pengisian diesel yang dibenarkan berikutan cecair berkenaan diisi dalam bahagian tangki berasingan dan menampakkan wujudnya unsur-unsur penyeludupan.

“Di Perlis memang terdapat dua buah stesen minyak tanpa subsidi, namun syarat pengisian cecair berkenaan tidak dibenarkan diisi dalam bahagian kompartmen (tangki) berasingan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI