fbpx

4 remaja cedera belon udara diikat mercun meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DETIK-detik belon udara meletup di kawasan sawah padi di Ponorogo hari ini. - Foto IDN Times/Istimewa

JAKARTA  – Sebuah belon udara membawa beribu-ribu mercun meletup di kawasan sawah padi di Kampung Muneng, wilayah Jawa Timur,  menyebabkan empat remaja cedera, lapor portal detikcom hari ini.

Empat remaja itu terkena letupan mercun yang diikat pada belon tersebut.

Ketika kejadian, belon itu tidak membawa penumpang.

Ketua polis tempatan, Agus Wibowo mengesahkan kejadian itu dan berkata, ia berlaku kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan) hari ini.

“Berdasarkan video yang tersebar,  sekumpulan remaja cuba  menerbangkan sebuah belon udara,” katanya.

Menurut Agus, ketika hendak menerbangkan belon itu, ada mercun yang meletup dan mengenai remaja tersebut. 

Akibatnya, empat orang cedera dengan salah seorang daripada mereka terpaksa dirawat di hospital.

Polis masih lagi menyiasat kejadian itu, kata Agus. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI