fbpx

Animasi Upin & Ipin capai rating tertinggi di rangkaian TV Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siri animasi popular, Upin & Ipin telah mencatatkan rating tertinggi di rangkaian televisyen Indonesia.

PETALING JAYA – Siri animasi popular, Upin & Ipin yang diterbitkan oleh Les’ Copaque Production Sdn Bhd telah mencatatkan rating tertinggi di rangkaian televisyen Indonesia.

Menurut hantaran Les’ Copaque Production di aplikasi X, animasi Upin & Ipin yang disiarkan melalui stesen MNCTV mendapat rating tertinggi dalam keseluruhan rangkaian siaran program TV di Indonesia bagi produksi luar negara.

“Malah, rating yang dicatatkan pada 6 Mei lalu mencecah 13.5 peratus dan menjadikan ia satu-satunya produksi luar Indonesia yang menduduki carta top 10 rancangan TV di Indonesia,” katanya.

Dalam carta rating televisyen yang dikongsikan oleh Les’ Copaque Production, animasi Upin & Ipin berada di tempat keenam di bawah sinetron Cinta Berakhir Bahagia yang dibintangi oleh Angela Gilsha, Krisjiana Baharudin, dan Rendi Jhon di tempat kelima.

Tempat pertama carta diungguli sinetron Tertawan Hati dengan rating 14.9 peratus, diikuti Magic 5 Indosiar dengan rating 13.8 peratus di tempat kedua dan Bidadari Surgamu (13.0 peratus) di tempat ketiga.

Animasi Upin & Ipin adalah satu-satunya siaran animasi dari luar negara yang berjaya tersenarai dalam carta, meletakkannya setanding dengan rancangan sinetron yang menjadi tontonan utama di negara tersebut.

Difahamkan, penggunaan bahasa yang mudah dan senang difahami adalah antara faktor utama Upin & Ipin berjaya mendapat tempat di hati masyarakat Indonesia tanpa mengira usia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI