fbpx

Anak janji jaga buat Bella Astillah teresak-esak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak mampu menahan rasa syahdu, air mata pelakon Bella Astillah menitis sebaik menerima kejutan berupa ucapan Hari Ibu daripada anak sulungnya, Mohd. Ayden Adrean.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 33, yang diundang sebagai tetamu program 3 Pagi Era itu menangis teresak-esak sebaik Adrean, 7, berjanji akan menjaganya apabila dewasa nanti.

“Assalamualaikum mummy. Ayden nak cakap sama mummy, Ayden tak akan buat mummy sedih.

“Bila Ayden dah besar Ayden akan jaga mummy dan adik. Mummy jangan kerja banyak sangat, nanti mummy penat dan sakit.

“Happy Mother’s Day, I love you so much (selamat Hari Ibu, saya sayang ibu sangat-sangat),” kata kanak-kanak itu.

Ucapan putera sulung daripada dua bersaudara itu diperdengarkan penyampai radio Era, Radin kepada Bella.

Ibu penyanyi terbabit, Siti Zarina Astillah yang turut diundang bersama-sama berkongsi sambutan Hari Ibu turut menangis mendengar ucapan cucunya.

Lebih sebak apabila Ayden mendendangkan beberapa rangkap lagu Ibu Ratu Hatiku buat insan kesayangannya dengan sepenuh perasaan.

Menjawab pertanyaan Radin, Bella yang masih teresak-esak menyatakan Ayden dan seorang lagi permata hatinya, Ara Adreanna, 3, merupakan anugerah paling berharga buat dirinya.

“Ini adalah Hari Ibu yang terbaik, Ayden dan Ara adalah hadiah terbaik buat saya.

“Saya nak cakap kita kena sentiasa hargai orang yang sayangkan kita. Tak selamanya orang itu ada dengan kita,” ujarnya.

Biarpun pergolakan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sudah sampai ke peringkat mahkamah, Bella dianggap sebagai wanita serta ibu yang tabah demi anak-anak.

Pada 13 Mac lalu Bella mengemukakan permohonan cerai secara ekspres terhadap suaminya yang dicekup berkhalwat dengan pelakon Ruhainies di pada 9 Mac 2024.

Kes pasangan ini akan disambung semula pada Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI