fbpx

JDT tawar tukar tiket atau bayaran balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelab bola sepak JDT menawarkan pilihan sama ada menebus balik tiket dalam bentuk bayaran balik atau menonton perlawanan lain berikutan pembatalan aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor esok.

JOHOR BAHRU – Tuan rumah bagi aksi pembukaan Liga Super musim ini, Johor Darul Takzim (JDT) memberi dua pilihan kepada penyokong mereka untuk menebus tiket mereka berikutan pembatalan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di sini esok.

JDT dalam kenyataan menerusi laman facebook rasminya memberitahu penyokong JDT yang telah membeli tiket untuk perlawanan antara Harimau Selatan dan Selangor FC boleh memilih sama ada mendapatkan pertukaran untuk salah satu daripada dua perlawanan liga di laman kami sendiri yang seterusnya atau bayaran balik.

“Tiket untuk perlawanan pembukaan boleh digunakan pada perlawanan kedua atau perlawanan keempat di mana JDT mengalu-alukan Negeri Sembilan FC (18 Mei) dan Pahang (22 Jun).

“Bayaran balik harga tiket tidak termasuk bayaran pemprosesan atau caj kad,”katanya.

Kelab itu bagaimanapun berkata, mekanisma pertukaran tiket atau bayaran balik akan diumumkan dalam masa terdekat selepas perbincangan dengan Ticket Hotline.

Terdahulu, menerusi satu kenyataan, skuad Red Giants terpaksa mengambil keputusan itu dengan rasa berat hati apabila isu keselamatan pemain dan pegawai menjadi keutamaan pasukan.

Keputusan itu diambil selepas bintang pasukan itu, Faisal Halim diserang oleh dua individu tidak dikenali yang menyimbah asid ke badannya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI