fbpx

Mohamad adakan pertemuan dengan Presiden Senegal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang dikongsi Mohamad ketika pertemuan beliau dengan Presiden Senegal, hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan beliau bersama Presiden Republik Senegal, Bassirou Diomaye Diakhar Faye bersempena rangka lawatan kerja ke Dakar.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya berkata, pertemuan tersebut dimanfaatkan untuk bertukar-tukar pandangan bagi mengeratkan lagi kerjasama sedia ada di samping meneroka bidang kerjasama baharu pada masa hadapan.

“Beliau juga memaklumkan Senegal kagum dan berminat untuk mempelajari dari Malaysia kepakaran pengurusan haji oleh Tabung Haji, zakat dan waqaf. Malah, unit khas berkaitan agama akan ditubuhkan di bawah pejabat Presiden dalam masa terdekat.

“Saya turut menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden 2024 dan pelantikannya sebagai Presiden Republik Senegal yang baharu bulan Mac baru-baru ini,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sementara itu, menerusi hantaran terdahulu, beliau turut berkongsi pertemuan bersama Menteri Integrasi Afrika dan Luar Negeri Republik Senegal, Yassine Fall.

Menurut beliau, Malaysia dan Senegal bersetuju untuk terus bekerja rapat dalam memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang kepentingan bersama.

“Hubungqn termasuklah perdagangan, pertanian, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, industri halal, kewangan Islam, wakaf dan zakat, perubatan dan pendigitalan.

“Perbincangan turut sama menyentuh perancangan kedua-dua negara untuk menandatangani MoU mengenai Perjanjian Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Kebudayaan (ESTCA) pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI