fbpx

Coklat ‘No Palm Oil’ bernilai RM23,704 disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDN Labuan menyita 1,134 unit coklat bernilai RM23,704 membabitkan dua premis berbeza pada Isnin lalu. Foto KPDN LABUAN.

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan menyita 1,134 unit coklat bernilai RM23,704 membabitkan dua premis berbeza pada Isnin lalu.

Menerusi kenyataan rasmi di laman sosial Facebook KPDN Labuan, pemeriksaan berkenaan dijalankan di premis-premis kawasan bandar.

“Serbuan dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Labuan selepas mengesan pasar raya yang menjual produk makanan (coklat) menggunakan ungkapan ‘No Palm Oil’ atau Palm Oil Free’.

“Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit Dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022.

“Pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun sekiranya disabitkan kesalahan,” katanya.

Tambahnya, tindakan tegas diambil terhadap peruncit, pemborong dan pengimport yang menjual, mengedar atau mengimport produk memboikot produk kelapa sawit. Ia susulan kempen boikot produk kelapa sawit yang dilaksanakan dengan agresif di luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI