fbpx
Model Mercedes-Benz C 350 e Plug-in Hybrid baharu.

Mercedes-Benz C 350 e Plug-in Hybrid baharu dilancarkan, harga RM338,888

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan varian terbaharu bagi model C-Class, iaitu Mercedes-Benz C 350 e Plug-in Hybrid pada harga runcit RM338,888 di Semenanjung (atas jalan tanpa insurans).

Dipasang di Pekan, Pahang, model berkenaan menggabungkan kuasa elektrik dengan bahan api tradisional untuk meningkatkan kecekapan.

Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Amanda Zhang berkata, Mercedes-Benz C 350 e Plug-in Hybrid merangkumi gabungan ketangkasan dan prestasi, diserlahkan lagi dengan penampilan AMG yang sporty.

“Sebagai varian plug-in hibrid dengan juklat pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 117 kilometer (km), C 350 e berfungsi sebagai jambatan ke arah masa depan serba elektrik, serta membuka jalan bagi model hibrid yang lain.

“Ia menawarkan fleksibiliti kepada pelanggan untuk menempuh sebahagian besar daripada perjalanan harian mereka hanya menggunakan mod elektrik sepenuhnya, tanpa mengunakan enjin pembakaran.

“Disokong waranti enam tahun/100,000 km untuk bateri, kami menyampaikan inovasi termaju dan jaminan berkekalan buat pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Gabungan motor elektrik dan enjin pembakaran dalaman pada Mercedes-Benz C 350 e Plug-in Hybrid menghasilkan kuasa 230 kilowatt (313 kuasa kuda) dan tork puncak 550 newton meter.

Pecutan dari kedudukan pegun kepada 100 km sejam mampu dicapai dalam hanya 6.1 saat, manakala kelajuan maksimum adalah 245 km sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN