fbpx

Jaket denim gaya segar untuk semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaket denim bersifat versatil dan mudah digayakan siapa sahaja.

Jaket denim sememangnya sentiasa menjadi pilihan wanita kontemporari. Ia cukup santai tetapi sentiasa tampak stylish, menjadikan ia rekaan malar segar dalam fesyen. Kini, selain daripada rekaan klasik biru, jaket denim juga didatangkan dalam warna kontemporari seperti hitam dan putih.

Antara potongan jaket denim yang paling digemari adalah potongan cropped, saiz besar atau yang terkini, gaya potongan panjang (longline) yang semakin popular untuk gaya jalanan. Sememangnya rekaan jaket denim telah melalui evolusi fesyen yang meletakkan ia sebagai rekaan kemestian, versatile dan paling mudah untuk disuai padan oleh sesiapa sahaja. Bagi tahun 2024, populariti gaya jaket denim makin bertambah terutamanya apabila digayakan oleh selebriti paling berpengaruh seperti Beyonce, Rihanna dan Lady Gaga.

 

Jaket denim biru
Jaket denim biru klasik merupakan pilihan gaya praktikal dan hebat yang seharusnya ada dalam almari kita. Ia sempurna untuk segala acara santai dan padanan pakaian kasual sepanjang tahun. Untuk menyuntik aura kewanitaan, sebagai contoh, padankan jaket denim biru dengan gaun jalur atau dalam rona merah jambu dan kasut tumit tinggi dengan reka corak harimau bintang.

Apapun, paling penting kita perlu berani dan bijak bereksperimentasi. Serlahkan personaliti melalui jaket denim biru dengan variasi padanan pakaian dan aksesori yang tidak terbatas mengikut cita rasa anda.
Seperti jean, jaket denim biru cukup istimewa kerana sesuai dipadankan dengan apa jua warna. Untuk cuaca panas gayakannya dengan warna terang, bagi cuaca dingin pula warna gelap seharusnya menjadi pilihan.

 

Jaket denim hitam
Jaket denim hitam menyuntik elemen hip dan edgy kepada si pemakainya. Untuk gaya berani acara malam hari, padankan jaket denim hitam versi potongan panjang dengan but paras lutut dan choker sebagai pelengkap gaya.

Jaket denim hitam juga cukup cool untuk gaya kasual siang hari. Gaya lebih bersahaja dapat dicapai apabila kita padankannya dengan jean potongan skinny, kemeja-T dan sneakers (sniker). Ia sealiran trend gaya athleisure yang begitu popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Jaket denim putih
Bagi yang menggemari warna putih, anda boleh cuba dapatkan jaket denim putih dan gayakannya dengan penuh keyakinan. Jaket denim putih mungkin tidak sesuai untuk semua, kerana jika salah gaya, ia boleh menampakkan badan kita sedikit berisi daripada saiz sebenar.

Namun bagi yang masih mahu mencuba, padanan denim jaket putih saiz besar dan jean potongan skinny atau lurus atau dengan maxi skirt dalam fabrik yang berlainan, pasti dapat menyerlahkan aura feminin anda.
Anda juga boleh mengambil inspirasi daripada ikon muzik/ fesyen seperti Rihanna yang menggayakan kasut sniker putih dengan padanan jaket denim putih. Sniker putih cukup seimbang untuk mengekalkan gaya minimal kasual ranggi. Perlu diingat padanan warna kontras adalah tidak sesuai dan sedikit janggal, sebagai alternatif pilihlah jean hitam untuk mantapkan gaya keseluruhan.

 

Jaket denim potongan cropped
Rekaan jaket denim potongan cropped dan pendek adalah gaya yang cukup fashionable serta menjadi kegemaran selebriti dan mereka yang pentingkan gaya. Khloe Kardashian adalah antara selebriti yang sinonim dengan gaya ini. Padanan yang selalu menjadi pilihan adalah skinny jeans dan top renda dalam warna sepadan.

Bagi yang pentingkan estetik kewanitaan, padankan jaket denim dengan gaun renda dan kasut tumit tinggi. Untuk konsep athleisure pula, cuba kombinasi jaket denim, seluar pendek dan sniker atau untuk gaya berani, pakailah jumpsuit denim di bawah jaket denim anda.

 

Jaket denim panjang
Jaket denim panjang membawa rasa berani, kontemporari dan edgy pada penampilan. Kini, ia di datangkan dalam denim yang ringan untuk mengelakkan penampilan yang nampak berat. Bagi wanita genit (petite), pastikan anda memilih padanan yang memberi definisi pada pinggang anda seperti seluar potongan slim atau fitted dan kasut tumit tinggi.

Peragawati dan bintang media sosial seperti Bella Hadid kelihatan hebat dengan kombinasi jaket denim, crop top, skinny jeans rona biru gelap, kasut tumit tinggi dan kaca mata hitam.Padanan ini cukup menarik untuk gaya hujung minggu. Untuk gaya chic dan ringkas pula, apa kata anda padankan jaket denim panjang, skinny jeans dan kemeja putih.Bagi yang gemar menarik perhatian, serlahkan gaya bintang anda dengan seluar potongan lebar, pakaian dengan reka corak serta statement aksesori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI