fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan Rakus mengunyah tumbuhan untuk dijadikan ubat bagi merawat luka pada pipi kanannya. - ARMAS

Orang utan rawat luka guna ubat tumbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seekor orang utan dilihat merawat luka sendiri dengan menggunakan tumbuhan yang ditemui di hutan liar, demikian menurut beberapa saintis seperti laporan akhbar South Morning China Post kelmarin.

Orang utan bernama Rakus itu memetik dan mengunyah daun tumbuhan yang sering digunakan oleh penduduk di rantau Asia Tenggara untuk dijadikan ubat bagi merawat kesakitan atau keradangan.

Ia menggunakan jarinya untuk menyapu jus tumbuhan pada luka di pipi kanannya dan kemudian menekan tumbuhan yang dikunyah untuk menutup luka tersebut.

Penyelidikan sebelum ini telah mendokumentasikan beberapa spesies ‘beruk besar’ yang mencari ubat di hutan untuk menyembuhkan dirinya tetapi saintis-saintis tidak pernah melihat haiwan merawat dirinya sendiri seperti manusia.

“Ini adalah kali pertama kami melihat haiwan liar menggunakan tumbuhan sebagai ubat untuk merawat luka,” kata Isabelle Laumer selaku pengarang kajian yang juga ahli biologi di Institut Kelakuan Haiwan Max Planck di Konstanz, Jerman.

Tingkah laku luar biasa Rakus itu direkodkan pada tahun 2022 oleh seorang pengarang yang juga penyelidik lapangan Projek Suaq di Medan, Ulil Azhari.

Beberapa gambar menunjukkan luka Rakus sembuh dalam masa sebulan tanpa sebarang komplikasi lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN