fbpx

200 ibu tunggal ceria terima Kek Malaya percuma sempena sambutan Hari Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Ashraf (kiri) menyerahkan kek percuma kepada salah seorang ibu tunggal di Kedai Kek Malaya di Seksyen U3, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 200 ibu tunggal kurang berkemampuan di daerah ini gembira dan ceria selepas menerima sumbangan berupa kek secara percuma oleh Gerbang Malaya Sdn. Bhd. (Gerbang Malaya) sebagai salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

  Rangkaian syarikat bumiputera menerusi jenama Kek Malaya itu turut menawarkan jualan amal kek viral keluarannya pada harga RM15 kemudian hasil kutipan tersebut disalurkan kepada rumah anak yatim.

  Pemilik dan Pengarah Urusannya, Mior Ashraf Norul Bashah berkata, program CSR seumpama itu adalah kali pertama dianjurkan pihaknya bersempena sambutan Aidilfitri dan Hari Ibu.

  Jelas beliau, idea itu tercetus selepas melihat banyak pihak tampil menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan ketika ini.

  “Justeru, syarikat memilih golongan ibu tunggal yang turut dianggap istimewa kerana meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga termasuk sebagai ibu.

 “Pemberian kek percuma ini bukan saja mahu menceriakan golongan itu malah menghargai pengorbanan yang dipikul mereka,” katanya ketika ditemui pada program itu di kedai Kek Malaya di Seksyen U3 di sini hari ini.

 Menurut Mior Ashraf, bersempena sambutan Hari Ibu, kami mahu meraikannya bersama pelanggan yang setia  dengan Kek Malaya sejak lima tahun lalu.

  “Sebahagian daripada hasil jualan itu kemudian akan disalurkan terus kepada rumah anak yatim,” ujarnya.

 Tambah beliau, syarikat yang beroperasi sejak 2019 itu kini mempunyai empat cawangan iaitu tiga outlet di Shah Alam dan sebuah rangkaian  di Cheras. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI