fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Pelancongan, kemudahan awam antara tumpuan manifesto PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tao ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan di Bandar Baru Batang Kali, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

HULU SELANGOR – Pakatan Harapan (PH) menggariskan lima teras utama dalam manifesto yang dilancarkan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Lima teras yang bertemakan ‘Harapan Untuk Kuala Kubu Baharu’ itu tertumpu kepada aspek ekonomi, kemudahan, alam sekitar dan rekreasi serta warisan dan budaya termasuk kesejahteraan rakyat.

Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan berkata, beliau akan merancakkan aktiviti ekonomi berteraskan pembangunan industri di Hulu Selangor, selain memperkasa sektor pelancongan tempatan dan keusahawanan.

Bagi agenda kemudahan, Sock Tao, 31, berhasrat untuk melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pengangkutan serta kemudahan awam selain mahu meningkatkan kelajuan internet di KKB.

Selain itu, Sock Tao juga ingin memastikan KKB melalui proses pembangunan mampan dan dalam masa sama tidak mengenepikan aspek pemeliharaan alam sekitar.

“Di bawah agenda warisan dan budaya pula, saya akan melancarkan inisiatif-inisiatif untuk memulihara dan mengangkat warisan serta budaya di KKB.

“Soal kesejahteraan rakyat juga diberikan keutamaan di dalam manifestonya agar tiada yang terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan di Bandar Baru Batang Kali, di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, serta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan Pang ditentang tiga pencabar lain iaitu calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut, calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainuddin serta calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada Selasa depan (7 Mei). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI