fbpx

Pangkah undi kalau Saddiq kahwini Bella – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq diusik netizen agar memperisterikan Bella Astillah.

SELEPAS diusik sepadan dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah, gelagat bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sekali lagi mengundang perhatian netizen.

Kali ini, netizen memperkatakan mengenai sikap mesra pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Al-Sagoff, 31, itu dengan anak lelaki Bella, Ayden Adrean.

Menerusi video dikongsikan adik kepada Bella, Didi Astillah dalam TikTok, anak kecik itu teruja bermain dengan kucing milik ahli politik terbabit ketika beraya di rumahnya.

Kedua-dua mereka dilihat sama-sama bergelak ketawa melayan telatah si comel yang gebu sekali gus menampakkan kemesraan semula jadi.

Melihat situasi tersebut, ada pengikut dengan selamba meninggalkan komen gurauan dengan memberikan lampu hijau selain mahu menjodohkan mereka.

“Kami pangkah dalam kertas undi kalau kahwin Bella”, usik netizen.

“Syed Saddiq menang tanpa bertanding,” coret peminat lagi.

“Anak-anak Bella selesa dengan YB,” itu juga antara usikan netizen.

Begitupun, ada individu yang ambil serius gurauan nakal tersebut apabila memberi teguran serta mengingatkan wanita terbabit masih berstatus isteri orang.

Walaupun tidak menyenangi kecurangan Aliff Aziz, mereka berharap orang ramai tidak mengambil mudah hukum agama.

Mizz Lahar pula yakin netizen cuma mahu mengusik manja Syed Saddiq yang sememangnya selaku lelaki bujang di bawah radar ramai bakal mentua.

Mizz Lahar: Seorang artis masih dalam idah terkejut apabila tiba-tiba dapat tahu bekas suami sudah pun selamat dapat isteri baharu. Tak sabar-sabar ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI