fbpx

Adira nekad cerai dengan Datuk Red, tiada U-turn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meskipun dikatakan kembali rapat dengan Datuk Red, Adira kekal dengan pendirian untuk bercerai.

RAWANG – Kelihatan tenang, penyanyi, Adira Suhaimi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di sini, pada pukul 9 pagi bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria bagi prosiding pelantikan hakam.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, yang melangkah tertib masuk ke pekarangan mahkamah berkata, dia mengharapkan permintaan ‘dilepaskan’ dipermudahkan.

“Alhamdulillah tenang sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan seperti apa yang kami sudah bincangkan.

“Lebih tenang dan apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang,” katanya penuh nekad kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, peguam syarienya Nor Saidah berkata, keputusan sama ada bercerai atau tidak bergantung kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, 46, atau Datuk Red.

“Sepatutnya hari ini untuk lantikan hakam masing-masing tapi Adira ada buat perbincangan dengan pihak Datuk Red, hasil perbincangan akan dibentangkan di hadapan hakim dan kita tengok apa pendirian Datuk Red nanti,” katanya.

Datuk Red yang diwakili peguam syarie, Muhammad Akmal Azman pula tiba lima minit kemudian.

Bagaimanapun bapa kepada 11 anak itu enggan memberikan sebarang ulasan dan terus melangkah masuk ke dalam mahkamah.

Datuk Red enggan memberi sebarang komen kepada media dan terus melangkah masuk ke mahkamah. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

Pada 5 Mac lalu, Adira dan Datuk Red hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.

Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil JKP manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.

Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.

Pasangan terbabit berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Perkahwinan Adnan dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima anak.

Sebelum perkahwinan tersebut, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua anak dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI