fbpx

Lebih 400 masyarakat pelbagai kaum meriahkan Pesta Songkran di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada Pesta Air di Kampung Baru Karak di Bentong semalam.

BENTONG – Kemeriahan Pesta Songkran di Thailand turut terasa di daerah ini apabila pesta air itu turut dimeriahkan oleh penduduk Kampung Baru Karak di sini.

Pengerusi Penganjur Wong Kam Meng berkata, lebih 400 masyarakat pelbagai kaum menghadiri pesta berkenaan yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, V.Arumugam.

“Sejak 75 tahun penubuhan Kampung Baru Karak, ini adalah kali pertama penganjuran pesta air ini yang sememangnya meriah dan mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.

“Pelbagai kaum hadir termasuk komuniti Thailand, Cina, India dan Melayu yang begitu teruja dengan pesta air ini,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pesta songkran yang merupakan perayaan tahun baharu tradisional masyarakat Siam ini dilihat mampu menarik minat orang ramai kerana ia merupakan pesta air yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.

Katanya, pesta yang julung kali diadakan di Kampung Baru Karak bermula pukul 3 petang hingga 6.30 petang itu turut dimeriahkan dengan pelbagai hidangan pelbagai masakan Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI