fbpx

Ibu panik anak terkunci 20 minit, lena tidur dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG murid tahun dua tertidur dalam kereta yang berkunci dalam kejadian di Taman Lagenda, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia lapan tahun tertidur dan terkunci di dalam kereta yang enjinnya masih hidup di Taman Lagenda, di sini tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, murid tahun dua tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan dengan bantuan pasukan bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Penguasa Bomba Kanan I (KUP) Mohd. Ismail Harun berkata, panggilan kecemasan telah diterima daripada ibu mangsa pada pukul 2.56 petang melalui talian MERS 999.

“Pasukan berjaya membuka pintu kereta dalam masa lima minit dan kanak-kanak itu diserahkan kepada ibunya dalam keadaan selamat.

“Orang ramai telah cuba bantu, namun gagal. Ibunya dikatakan keluar untuk membuat urusan di kedai berhampiran sebelum mendapati keretanya terkunci, manakala anaknya sudah tertidur mungkin akibat keletihan dan cuaca panas,” ” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI