fbpx

PGA laksana rondaan keselamatan di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar berhubung penjelasan tawaran kontrak penyelenggaraan mySikap dan Mainframe kepada HeiTech Padu Berhad di kementeriannya hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan bagi melakukan rondaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini.

Namun, ditanya sama ada ia adalah kekal atau bersifat sementara, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan oleh KDN.

“Kabinet dimaklumkan bahawa KDN telah menghantar pasukan PGA ke lapangan terbang tersebut untuk melakukan rondaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, berhubung tahap keselamatan di KLIA pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan PDRM akan duduk bersama dalam membincang isu berkenaan.

Ahad lepas, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI