fbpx

Lelaki temui wang bertaburan atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan Farid untuk memulangkan wang yang ditemui bertaburan di atas jalan raya mendapat pujian dari ramai netizen kerana sikapnya yang jujur. - UNDERCOVER

JAKARTA – Seorang penunggang motosikal menemui wang tunai bertaburan di tengah jalan di Banjarnegara, wilayah Jawa Tengah, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Lelaki dikenali sebagai Farid M Miftah berkata, dia melihat wang itu jatuh dari beg penunggang motosikal yang lain.

Kejadian berlaku ketika Farid menunggang motosikal yang dinaiki bersama isteri serta anaknya.

Dia kemudian melihat beg seorang penunggang lain terbuka sebelum wang daripada begnya jatuh bertaburan di atas jalan.  

Farid dan beberapa penunggang lain kemudian mengejar pemilik wang berkenaan, tetapi tidak berjaya.

Disebabkan itu, Farid mengutip wang tersebut dan mahu memulangkan semula kepada pemiliknya.

Dia mencari pemilik wang itu menerusi platform-platform media sosial dan meminta bantuan netizen untuk menyebarkan maklumat tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI