fbpx

HLB, MIDA bentuk kerjasama jadikan Malaysia destinasi pelaburan pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara Hong Leong.

PETALING JAYA – Hong Leong Bank (HLB) telah membentuk kerjasama strategik dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk menyokong keseluruhan ekosistem pelaburan dan menyediakan pembiayaan dan perkhidmatan perbankan komprehensif untuk perniagaan yang memasuki pasaran tempatan.

Malaysia telah meluluskan pelaburan berjumlah RM329.5 bilion merentasi pelbagai sektor ekonomi tahun lalu dan kerajaan berharap untuk mengukuhkan kedudukan negara di persada global sebagai destinasi pelaburan utama dengan memastikan kelancaran dan proses pelaburan bersepadu.

Pemeteraian perjanjian yang diadakan hari ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Kumpulan serta Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Lam berkata, masa depan untuk megembangan perniagaan serantau dilihat semakin menjanjikan untuk Malaysia, dengan laporan Indeks Peluang Global Milken Institute 2024 meletakkan Malaysia sebagai negara terbaik di Asia untuk keadaan pelaburan secara keseluruhan.

“Pengiktirafan antarabangsa ini pasti akan menarik ramai pelabur serta perniagaan dari pelbagai sektor, dan HLB berada pada kedudukan baik untuk menyokong pihak berkepentingan ini dalam perjalanan pengembangan mereka di sini.

“Dengan memanfaatkan kepakaran dan cerapan pasaran kami, syarikat boleh memanfaatkan peluang pertumbuhan, menjalin perkongsian antarabangsa dan mengembangkan operasi dengan penyelesaian perbankan perniagaan kami yang dureka khusus,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI