fbpx

Abdul Rahman dilantik Presiden, Ketua Presiden PNB berkuatkuasa 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman

PETALING JAYA – Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) me­ngumumkan pelantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), berkuat kuasa 1 Julai ini.

Jawatan penting di firma pelaburan terbesar negara itu kosong sejak Presiden dan Ketua Eksekutif terdahulu iaitu Ahmad Zulqarnain Onn melepaskan jawatannya pada 16 Februari lalu dan kini menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

PNB dalam satu ­ke­­n­yataan berkata, ketika ini, Abdul Rahman memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Berhad.

 

Beliau memiliki pengalaman kepimpinan lebih 20 tahun dalam pelbagai perkhidmatan kewangan dan sektor korporat termasuk Malaysian Resources Corporation Berhad, Media Prima Berhad dan Ekuiti Nasional Berhad.

Abdul Rahman juga merupakan bekas Pengerusi Bukan ­Eksekutif Bukan Bebas Sime Darby Berhad dan Velesto Energy Berhad.

Sebelum memegang jawatan terkini sebagai CEO Kumpulan CIMB, beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari tahun 2016 hingga 2019 dan memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.

“Lembaga Pengarah PNB me­ngalu-alukan kepulangan Abdul Rahman dalam menyediakan kesinambungan dan memacu pelaksanaan pelan strategik PNB yang baru dibangunkan serta membantu melaksanakan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” jelasnya.

Sementara itu, dalam kenya­taan berasingan daripada CIMB Group Holdings Berhad (Kumpulan CIMB), Abdul Rahman akan melepaskan jawatan GCEO berkuatkuasa 30 Jun ini selepas berkhidmat untuk kumpulan berkenaan sejak tahun 2020.

Pengerusi Kumpulan, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, Abdul Rahman telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cemerlang di bawah pelan strategik transformasi CIMB dengan meletakkan ia ­berada dalam kedudukan yang kukuh sebagai bank terkemuka di rantau ASEAN.

“Di bawah kepimpinan Abdul Rahman, Kumpulan CIMB mencatat pertumbuhan yang baik dalam prestasi kewangannya, mengukuhkan daya tahan operasi dan mempercepatkan inisiatif digital,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI