fbpx

Hafizul bergelut ketika ditahan, polis temui pistol dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI Hafizul ditahan oleh pasukan D9 IPK Kelantan di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Baru petang tadi.

PETALING JAYA – Lelaki yang diburu, Hafizul Harawi, 38, bergelut dengan pasukan Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ketika cuba ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, suspek dikesan meletakkan kenderaan berhampiran hospital tersebut.

Difahamkan, pasukan D9 berjaya menahan lelaki itu kira-kira 50 meter dari kenderaannya.

Semasa cuba ditahan suspek bertindak bergelut dengan anggota polis sebelum berjaya ditahan.

Polis turut menemui senjata api yang digunakan suspek dalam cubaan membunuh isterinya di dalam keretanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, suspek yang cuba membunuh isterinya dengan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, ditahan di Kota Bahru, Kelantan hari ini selepas 36 jam diburu polis.

Media melaporkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi semalam di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI