fbpx

6 perayaan disambut di Malaysia minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Enam perayaan disambut oleh pelbagai kaum dan agama di Malaysia dalam minggu ini, sekali gus menunjukkan kepelbagaian sebagai aset terbesar dan ternilai di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perayaan tersebut ialah Hari Raya Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran.

“Hanya di negara ini kita menyambut pelbagai perayaan dan minggu ini sahaja (enam perayaan tersebut).

“Perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di Malaysia adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh semua rakyat,” katanya menerusi aplikasi X semalam.

Beliau turut berkongsi latar belakang kesemua perayaan tersebut, antaranya Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah oleh umat Islam, Ugadi pula bagi keturunan Telugu, manakala Tahun Baharu Tamil lebih dikenali di Malaysia ialah Chittirai Puttandu iaitu sambutan komuniti Tamil.

Seterusnya, Vaisakhi adalah pesta menuai di Punjab disambut oleh masyarakat Sikh, Hari Vishu iaitu sambutan tahun baharu orang Malayali dikenali sebagai Vishu dan jatuh pada 14 April, manakala Songkran merupakan perayaan tahun baharu tradisional Siam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI