fbpx

Perantau guna jalan kampung elak sesak, jimat tak bayar tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN trafik yang agak sesak di Jalan Idris, Kampar kerana kebanyakan pengguna jalan raya yang menggunakan jalan bandaran atau persekutuan untuk pulang ke ibu kota.

KAMPAR – Pengguna jalan raya di Jalan Idris, Kampung Baharin Pinji dan Taman Air Kuning Jaya di sini memilih jalan ‘kampung’ sebagai alternatif berbanding melalui lebuh raya untuk pulang ke ibu kota.

Menurut mereka, ini bagi menjimatkan kos perjalanan, struktur jalan yang semakin baik, memendekkan masa perjalanan, mengelakkan kesesakan selain dapat berehat sebentar di masjid atau kedai makan.

Seorang pengguna, Hazwan Hamdan, 30, berkata, beliau menyambut Aidilfitri bersama keluarga mentuanya di Taman Aman, Mambang Diawan di sini berkata, dia lebih gemar menggunakan jalan persekutuan atau jalan bandar berbanding lebuh raya.

“Saya dapat menjimatkan wang bagi membayar duit tol selain dapat singgah ke rumah saudara-mara sepanjang perjalanan sebelum sampai di rumah di Bangi, Selangor.

“Sekarang jalan persekutuan atau jalan bandar dah lebar berbanding sebelum ini yang memudahkan pengguna jalan raya,” katanya.

Bagi Nisa Rahainah Shafaruddin, 28, yang rutin setiap tahun menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kampung Gunung Mesah Hulu, Gopeng, di sini berkata, dia lebih gemar menggunakan jalan persekutuan atau jalan bandar bagi menjimatkan masa perjalanan.

“Kita semua sudah sedia maklum setiap kali perayaan atau cuti umum pasti lebuh raya akan sibuk dengan bilangan trafik yang tinggi menyebabkan masa perjalanan menjadi panjang.

“Sekiranya menggunakan jalan kampung biasanya agak sibuk di lampu isyarat dan simpang empat. Selain itu, lebih mudah untuk singgah solat di masjid atau kedai makan berdekatan berbanding kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya yang selalu penuh,” katanya yang pulang ke rumahnya di Ampang.

Hazwan yang bertolak dari Mambang Diawan ke Bangi, Selangor pada pukul 12 tengah hari sampai di rumahnya pada pukul 2.30 petang.

Sementara itu, Nisa yang bertolak pada pukul 1 tengah hari dari Kampung Gunung Mesah Hulu sampai di Ampang tiga jam kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI