fbpx

‘No pet allowed ma’am’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dikongsikan seorang pengguna TikTok semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai warganegara China mengamuk setelah tindakannya membawa masuk anjing peliharaan dihalang oleh pekerja dan pelanggan sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah tempatan.

Menurut hantaran seorang pengguna TikTok, pergaduhan tercetus setelah pekerja kedai tersebut menerangkan bahawa haiwan peliharaan terutamanya anjing tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam mana-mana premis perniagaan di pusat beli-belah tersebut.

“Bagaimanapun, wanita tersebut tidak berpuas hati dan terus berkeras. Katanya, sejak bila tidak boleh bawa (haiwan peliharaan)?

“Tetapi, pekerja sudah terangkan berkali-kali bahawa wanita tersebut boleh beli, tetapi perlu bawa keluar anjing tersebut terlebih dahulu kerana semua staf beragama Islam.

“Malah, undang-undang di pusat beli-belah tersebut juga jelas menyatakan tidak boleh bawa haiwan peliharaan masuk,” jelasnya.

Tambah Zarina, ketika berada di dalam kedai tersebut, pelanggan lain juga masuk campur dan cuba menjelaskan kepada wanita terbabit mengenai larangan membawa haiwan ke dalam kedai.

“Suami saya pun sudah terangkan. Katanya, kalau nak senang, bawa sahaja keluar anjing kemudian masuk balik dan beli,” katanya.

Menurut Zarina, ketika video tersebut dirakam, wanita tersebut juga telah memarahinya dan meminta agar video dipadam.

“Saya cakap, kalau nak padam, baik keluar dari kedai. Tetapi, dia berdegil dan akhirnya kami terpaksa panggil pengawal keselamatan

“Dia sampai cakap hendak buat laporan tetapi saya balas, lapor sahajalah, saya tidak takut,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai bertindak memuji tindakan pekerja premis berkenaan yang kekal tenang dan profesional walaupun berada dalam situasi tidak menyenangkan.

“Abang yang kerja itu patut naik gaji. Tenang je layan karenah pelanggan walaupun bukan-bukan,” kata Azhar.

“Kalau kena dekat aku ni, aku dah panggil ‘security’. Malas nak layan,” kata Abe Wae.

“Kita semua tahu memang tak boleh bawa masuk haiwan peliharaan. Tetapi, semakin berani pula mereka ni,” kata Shah.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 23,600 tanda suka dan 1,962 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI