fbpx

Dini sasar layak Kejohanan Asia 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DINI bertekad menebus kekecewaan gagal ke Kejohanan Dunia tahun lalu dengan meraih pencapaian podium pada Kejohanan Asia di Bangkok berlangsung September nanti.

ATLET tenpin boling kebangsaan, Puteri Nurul Dini Mohd Faudzi sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi beberapa kejohanan terbuka bagi melayakkan diri ke Kejohanan Boling Asia 2024 yang dijadualkan di Bangkok, Thailand pada 15 hingga 26 September depan.

Difahamkan, Dini perlu melepasi tiga cabaran kejohanan terbuka iaitu Klasik Antarabangsa Sonic di Singapura dan Terbuka Malaysia bulan depan serta Terbuka Thailand pada Julai nanti sebelum layak ke Kejohanan Asia tersebut.

Atlet berusia 25 tahun itu yang dinaikkan pangkat ke skuad se­nior tahun lalu menjelaskan, pres­tasinya semakin meningkat dan bersedia untuk kejohanan seterusnya untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

“Saya menyasarkan untuk la­yak ke Kejohanan Boling Asia yang akan berlangsung di Thailand pada September ini.

“Kini saya sedang menjalani latihan sebagai persiapan akhir sebelum berangkat ke Singapura pada 18 hingga 21 April serta dua kejohanan besar untuk kelayakan ke Kejohanan Asia,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Dalam masa sama, atlet kelahiran Kedah itu menyatakan dia gagal melayakkan diri untuk Kejohanan Dunia di Kuwait berlangsung tahun lalu dan bertekad untuk menebus kekecewaan tersebut dengan memberikan yang terbaik tahun ini.

“Saya berharap dapat meningkatkan prestasi dan mengekalkan momentum dalam perlawanan nanti supaya dapat melayakkan diri ke Kejohanan Dunia,” jelas Dini yang pernah meraih ­pingat perak Kejohanan Boling Asia ­tahun lalu.

Pada Kejohanan Asia lalu, Dini yang bergandingan dengan Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia terpaksa akur dengan kejayaan sebagai naib juara selepas tumpas kepada trio Singapura menerusi perbezaan 238 jatuhan pin.

Sebagai rekod, Dini pernah berdepan beberapa cabaran sukar dalam kariernya sebelum ini termasuk kecederaan sebelum kontraknya disambung oleh Majlis Sukan Negara selama dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI