fbpx

Wanita maut didera suami sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KULIM – Seorang wanita warga emas mati dipercayai didera oleh suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah estet di Batu Putih, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, Balai Polis Sungai Kob menerima laporan tentang seorang wanita berusia 61 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kulim kira-kira pukul 7.50 malam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke Hospital Kulim dari rumahnya di Batu Putih kira-kira pukul 9 malam, sehari sebelum itu.

“Mengikut laporan pihak hospital, mangsa dibawa ke hospital itu kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh di dalam bilik air.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pemeriksaan lanjut juga mendapati ada kesan lebam di muka serta seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Azizul, hasil soal siasat polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang merupakan suami mangsa untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lebam lama serta baharu yang dipercayai akibat keganasan rumah tangga.

Tambahnya, suspek direman selama enam hari hingga 15 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI