fbpx

Lelaki langgar tiga lelaki Pakistan mengaku ambil dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. AZIZOL (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini.

TELUK INTAN – Pembantu kedai makan yang didakwa menyebabkan kematian tiga lelaki warga Pakistan pada pagi 1 Syawal lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengambil dadah.

Tertuduh, Mohd. Azizol Abdul Rasheed, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret T. Ashvinii.

Mohd. Azizol yang masih bujang didakwa memasukkan dadah jenis Tetrahydro-Cannabinol (THC) ke dalam diri sendiri di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Hilir Perak pada pukul 7.45 malam, 10 April 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B(1) akta sama.

GAMBAR kejadian enam lelaki warga Pakistan maut selepas dilanggar ketika berjalan kaki untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri kelmarin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Rishan Kumar, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Faustina Francis.

Terdahulu, Rishan Kumar mencadangkan tertuduh diikat jamin RM8,000 berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Beliau juga memohon tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan patalogi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin dan melapor diri di balai polis berdekatan setiap dua minggu. Tarikh sebutan semula kes pada 5 Jun depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tiga lelaki warga Pakistan yang berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI