fbpx

Lelaki Israel miliki enam senjata api, 200 peluru didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

PETALING JAYA – Lelaki warga Israel, Shalom Avitan yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu bakal dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, suspek utama yang berada dalam tahanan reman bakal dibawa ke mahkamah esok untuk pertuduhan manakala suspek yang masih dalam tahanan akan disambung reman bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan lelaki warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Susulan penangkapan tersebut, polis menahan pasangan suami isteri, Abdul Azim Mohd Yasin, 43, dan Sharifah Faraha Syed Husin, 41, yang disyaki menjual enam senjata api kepadanya yang dibeli di Thailand dengan menggunakan maya wang kripto.

Pada 8 April lalu, pasangan suami isteri tersebut telah didakwa di Mahkamah Sesyen Klang kerana membekalkan senjata api kepada warga Israel tersebut.

Mengikut pertuduhan, Sharifah Faraha yang juga penganggur didakwa didapati dalam milikannya senjata api dengan menyalahi undang-undang iaitu pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER, NO.SIRI : A216210.

Bagi pertuduhan ke atas Abdul Azim, dia didapati ada bersama dengan Syarifah Faraha yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia mengetahui bahawa isterinya memiliki senjata api menyalahi undang-undang di alamat, tarikh dan masa yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI