fbpx

Sultan Mizan solat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (tiga dari kanan) bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah lain di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini, hari ini.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda-anakanda baginda.

Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron menjadi imam solat sunat Aidilfitri sebelum beliau menyampaikan khutbah bertajuk Aidilfitri Hari Bersyukur.

Sebaik selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah meluangkan masa bersalaman dengan jemaah selama hampir 30 minit.

Baginda kemudiannya menziarahi makan diraja yang terletak di pekarangan masjid.

Dalam pada itu, Sultan, Mizan dalam perutusan Aidilfitri mengajak umat Islam mengikut cara golongan As-Salafus Soleh iaitu golongan salih terawal dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Golongan terdahulu memperbanyakkan takbir dan melakukan amalan sunat lain, termasuk berzikir dan bertahmid sepanjang menyambut hari kemenangan (Aidilfitri) selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

“Amalan ini sepatutnya menjadi teladan terbaik untuk seluruh umat Islam dalam menghayati pengertian hari raya,” titah baginda.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI