fbpx

Mahu pinjam wang tapi rugi RM8,140

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MIRI – Gara-gara ingin meminjam wang, seorang lelaki akhirnya rugi sebanyak RM8,140 akibat ditipu oleh sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata pada awal, mangsa warga temptan yang berusia dalam lingkungan 20-an melihat iklan di Facebook berkenaan pinjaman peribadi.

Menjelas lanjut, beliau berkata setelah meninggalkan nombor telefon di ruangan iklan itu, dia kemudian dihubungi oleh seorang suspek yang memperkenalkan diri daripada sebuah institusi kewangan melalui aplikasi Whatsapp.

Katanya mangsa ditawarkan untuk membuat pinjaman berjumlah RM10,000 dengan kadar pinjaman 3.88 peratus setahun.

“Seterusnya mangsa memberikan butiran peribadi seperti kad pengenalan, penyata gaji dan penyata bank.

“Apabila selesai urusan dokumentasi, mangsa dimaklumkan bahawa pinjamannya telah lulus tetapi perlu membuat beberapa kali bayaran atas pelbagai alasan yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah membuat bayaran sebanyak lima kali transaksi berjumlah RM8,140 ke lima akaun suspek yang berbeza secara dalam talian dan hanya menyedari ditipu setelah membuat semakan kepada pihak institusi kewangan di sini yang mengesahkan pinjaman itu tidak wujud.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI