fbpx

Lelaki Israel miliki 6 pistol didakwa Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lelaki warga Israel, Shalom Avitan yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Dia akan dituduh selepas raya Aidilfitri, dijangka Jumaat ini,” katanya, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pasangan suami isteri yang membekalkan senjata api kepada warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Klang hari ini.

Kedua-dua tertuduh Abdul Azim Mohd Yasin, 43, dan Sharifah Faraha Syed Husin, 41, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Mengikut pertuduhan, Sharifah Faraha yang juga penganggur didakwa didapati dalam milikannya senjata api dengan menyalahi undang-undang iaitu pistol jenama CZ 75 P-01 CAL.9 LUGER, NO.SIRI : A216210.

Dia didapati melakukan kesalahan itu di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor, Selangor pada pukul 8 malam, 29 Mac lalu.

Bagi pertuduhan ke atas Abdul Azim, dia didapati ada bersama dengan Syarifah Faraha yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa dia mengetahui bahawa isterinya memiliki senjata api menyalahi undang-undang di alamat, tarikh dan masa yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI