fbpx

Empat ditahan bergaduh di kasino Genting Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pergaduhan di dalam kasino Genting Club, Genting Highlands di Bentong semalam.

BENTONG – Empat lelaki ditahan kerana terlibat dalam kejadian pergaduhan di dalam kasino Genting Club, Genting Highlands di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima maklumat mengenai satu pergaduhan di dalam kasino berkenaan pada pukul 4 pagi semalam yang melibatkan dua kumpulan seramai kira-kira 10 lelaki.

“Polis Bentong menahan empat lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan. Semua suspek ditahan reman selama dua hari bermula 7 hingga 8 April 2024. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kesemua suspek yang ditahan dihantar ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan dan polis sedang mengesan beberapa lelaki lain yang terlibat dalam pergaduhan itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI