fbpx

Polis berkas ‘pocong’ ceroboh pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG warga emas yang memakai kostum pocong ditangkap polis di Ponorogo, baru-baru ini. - Foto Polis Sambit

JAKARTA – Seorang lelaki warga emas ditangkap polis kerana menyamar sebagai pocong untuk mencuri barangan di sebuah pasar raya di Ponorogo, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita grid.id. semalam.

Dia memakai kostum hantu itu dengan tujuan menakut-nakutkan penduduk semasa melakukan aktiviti mencuri. 

Seorang ketua polis tempatan, Baderi mengesahkan tangkapan warga emas itu.

“Suspek ditangkap berdasarkan aduan penduduk,” ujarnya.

Baderi berkata, lelaki itu didapati memakai kostum  pocong dengan harapan dia mudah untuk melarikan diri.

Menurutnya, kostum pocong yang digunakan suspek merupakan pakaian solat berwarna putih untuk wanita.

Baderi memberitahu, warga emas itu ditangkap polis ketika dia menceroboh masuk ke sebuah pasar raya di Kampaung Campurego, Ponorogo. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI