fbpx

[VIDEO] ‘Cantik-cantik baju terpakai, seronok anak-anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru dan ibu bapa sebuah sekolah di Rawang mengumpulkan sumbangan baju terpakai yang masih elok untuk dipakai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA – Usaha murni ibu bapa dan guru-guru sebuah sekolah di Rawang, Selangor menyumbang baju-baju terpakai yang masih elok untuk digayakan menambahkan lagi keceriaan Aidilfitri buat pelajar di sana.

Menerusi perkongsian video @aktivitisumur di laman TikTok, baju-baju terpakai itu merupakan hasil sumbangan orang ramai dan kebanyakannya ialah baju kurung, blaus dan tudung, dengan ada antaranya sesuai dipakai untuk hari raya.

Menurutnya, usaha tersebut adalah inisiatif daripada bahagian kebajikan sekolah dan dalam masa memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk berkongsi rezeki dengan cara menginfakkan pakaian yang masih cantik untuk anak-anak sambut raya.

“Baju-baju ni untuk pelajar yang memerlukan. Hari ini saja budak-budak ambil dekat 200 helai. Alhamdulillah dimanfaatkan. Dapat pahala kepada penyumbang pakaian terpakai ni.

“Ramai juga anak-anak yang tak dapat beli baju raya disebabkan masalah kewangan keluarga. Baju cikgu-cikgu yang disumbangkan ini masih baharu dan cantik,” ujar pemilik akaun TikTok itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji inisiatif itu dan bercadang melakukan perkara sama di tempat masing-masing.

“Bolehlah nanti bagi cadangan kat sekolah anak-anak saya. Dulu mereka pernah buat baju-baju sekolah, dapatlah sedekah kasut-kasut dan baju-baju sekolah yang masih cantik,” komen Hani Harum.

“Patut kena terapkan program macam ini untuk semua sekolah, sekurang-kurangnya baju-baju yang sudah tidak dipakai, tidak dibazirkan,” ujar Leesa.

“Wah seronoknya buat macam ni. Boleh bagi ‘shawl’ yang elok tak pakai lagi. Baju takut besar pula untuk budak sekolah,” kata Hans. – KOSMO! ONLINE

@aktivitisumur Kemeriahan Menyambut Hari Raya #bajuraya #lebaran ♬ Suasana Hari Raya – JESBON_76

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI