fbpx

Lagi penyu mati di pantai Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai penyu yang ditemui di Pantai Sura, Dungun semalam.

DUNGUN – Satu lagi bangkai penyu, iaitu yang keempat dalam tempoh seminggu ditemui di Pantai Sura di sini semalam.

Bangkai penyu yang sudah mereput berkenaan dijumpai seorang sukarelawan pada pukul 7.40 pagi.

Masdi@Aminuddin Mohamad, 44, berkata, dia menemui bangkai reptilia terbabit sewaktu sedang mengutip sampah di pantai berkenaan.

“Mungkin itu sudah lama mati kerana bangkainya sudah mereput sebelum terdampar di Pantai Sura semalam.

“Jantinanya sukar diketahui, namun berdasarkan saiz bangkai tersebut, saya percaya ia penyu dewasa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Masdi berkata, dia juga menjumpai satu bangkai penyu karas di lokasi sama pada minggu lalu.

Ketua Geng Plastik Ija (GPI) Daerah Dungun tersebut berkata, penyu karas berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan enam tahun.

Kosmo! 2 April lalu melaporkan seekor penyu Agar jantan yang dipercayai mati akibat terjerut pukat pari ditemukan terdampar di Pantai Chakar Hutan, Kerteh, Kemaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI