fbpx

Hanya 381 pegawai, anggota bomba di Perak dibenarkan cuti raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAYANI (tengah) bersama pengamal media perak pada Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Media Perak di Ibu Pejabat JBPM Perak di Bandar Meru Raya, Ipoh semalam.

IPOH – Hanya 30 peratus atau seramai 381 orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dibenarkan bercuti pada Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, baki 70 peratus lagi dibekukan cuti untuk siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan termasuk kebakaran dan menyelamat sepanjang musim perayaan.

“Tahun ini kita beri sedikit kelonggaran di mana 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota yang bertugas di negeri ini diberi kelonggaran untuk bercuti raya.

“Baki anggota lain pula bersiap siaga di balai masing-masing untuk bertugas,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Media Perak di Ibu Pejabat JBPM Perak di sini semalam.

Mengulas lanjut Sayani berkata, JBPM Perak akan menempatkan jentera dan anggotanya di tiga plaza tol utama di negeri ini bermula 8 hingga 13 April bagi menangani sebarang insiden kecemasan terutama kemalangan jalan raya.

Katanya, pasukan itu diletakkan dalam keadaan siap siaga di Plaza Tol Tapah, Kuala Kangsar dan Kamunting.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan di 55 pasar raya, 66 hotel dan 53 inap desa bagi memastikan tahap keselamatan kebakaran di premis tumpuan ramai itu terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI