fbpx
Nadia Fasha Qistina sedih setiap kali mengenangkan nasib yang menimpa dirinya akibat disimbah asid. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

Dendam mungkin punca gadis disimbah asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis percaya dendam atau marah menjadi motif utama hingga mengakibatkan seorang gadis melecur teruk akibat disimbah asid di Denai Alam di sini, November tahun lalu.

Kejadian pada pukul 5 petang itu mengakibatkan muka, badan dan kaki mangsa cede­ra parah hingga terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh bagi memulihkan tisu kulit serta menyelamatkan matanya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan setakat ini telah menahan lelaki berusia 22 dan 25 tahun bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi kete­rangan.

“Siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai musuh dan masalah dengan sesiapa, namun kita syak dendam atau marah merupakan motif kejadian.

“Kita telah merakam percakapan mangsa dan tujuh saksi untuk membantu siasatan. Pegawai penyiasat juga telah lima kali melawat mangsa di hospital,” katanya.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 326 Kanun Keseksaan ke­rana mendatangkan kecederaan parah yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit ­kesalahan.

Sementara itu, bapa ­mangsa Azman Shah Mohammad, 44, berharap suspek terlibat dapat dihadapkan ke muka pe­ngadilan.

“Kalau anak demam pun, kita sebagai ayah sudah risau. Inikan pula apabila badannya melecur dan sering mengadu kesakitan.

“Sudah pasti, kita berharap keadilan dapat dicapai dalam kes tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN