fbpx

EPL: Chelsea harap mampu tumpang tuah Palmer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER akan menjadi sandaran penting Chelsea untuk merobek gawang United di laman mereka sendiri awal pagi esok. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui pemainnya akan bergantung harap kepada Cole Palmer untuk cuba keluar daripada detik sukar yang dihadapi pasukan ketika ini.

Awal pagi esok, The Blues bakal berdepan satu lagi ujian mencabar apabila akan melayan kunjungan Manchester United di Stamford Bridge.

Impak yang diberikan Palmer menghadirkan sinar buat Chelsea yang kini sekadar menghuni kelompok pertengahan Liga Perdana Inggeris dan seluruh pasukan wajar menjadikan pemain itu sebagai rujukan bagi membantu pasukan keluar daripada detik sukar.

“Dia adalah contoh terbaik buat semua pemain. Sejak daripada hari pertama lagi dia sudah mengambil tanggungjawab dan kami seakan sedang bermimpi untuk memiliki khidmatnya.

“Ketika pasukan sedang bergelut untuk mencari penyelesaian, bola terus dihantar kepadanya. Dia memberikan perkara positif kepada pasukan dan sekarang dia perlu terus konsisten serta tunjukkan apa yang dia mampu,” katanya.

Pemain yang ditandatangani daripada Manchester City itu muncul penjaring terbanyak Chelsea dengan 16 gol termasuk menjadi penyelamat apabila meledak dua gol ketika diikat Burnley 2-2, Sabtu lalu.

Walaupun tidak tewas dalam lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, keputusan seri meletakkan Pochettino makin terdesak memandangkan masa depannya di Stamford Bridge mula hangat diperkatakan.

“Kami mengambil tanggungjawab gagal menewaskan Burnley secara kolektif. Secara jelas dia (Palmer) tidak gembira dan sudah tentu sangat kecewa dengan keputusan seperti itu,” jelas Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI