fbpx

Semoga Megat Ashman Aqif ditempatkan di syurga firdaus – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat Irman Jefni (kiri) bersama keluarga serta Mazita (kanan) selepas pengebumian Megat Ashman Aqif di Muslim Cemetery di Bromley, Christchurch.

PETALING JAYA – “Syukur arwah telah ditempatkan di tempat mulia agar dapat dipelihara darjat supaya ditempatkan di jannatul firdaus (syurga firdaus).”

Demikian kata Megat Irman Jefni Megat Khashusaini, 49, yang mendoakan kesejahteraan anaknya, Allahyarham Megat Ashman Aqif, 21, yang terkorban dalam kemalangan di New Zealand minggu lalu. .

Megat Irman Jefni berkata, mereka sekeluarga juga bersyukur kerana urusan pengebumian Megat Ashman di Christchurch hari ini berjalan dengan lancar.

“Saya dan keluarga amat bersyukur segalanya sudah selesai. Upacara pagi tadi kafan, solat dan pengebumian selesai dengan lancar.

“Kami juga berterima kasih kepada pihak terlibat terutama kedutaan, komuniti Islam di Christchurch yang banyak membantu dari hari pertama tiba hingga selesai,” katanya menerusi temu bual bersama sebuah stesen televisyen selepas upacara itu hari ini.

Turut hadir pada upacara pengebumian Megat Ashman Aqif ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki.

Semalam Kosmo! melaporkan, Allahyarham Megat Ashman Aqif yang terkorban dalam nahas jalan raya di Lake Tekapo, New Zealand pada 30 Mac lalu disemadikan di Muslim Cemetery di Bromley, Christchurch.

Selain Megat Ashman Aqif, seorang lagi rakyat Malaysia yang maut ialah Wan Nur Adlina Alisa dari University of Canterbury. Kejadian itu berlaku pada pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan.

Tiga lagi pelajar pula dilaporkan cedera. Mereka ialah Firas Wafiyyah, Lya Issable Anak Walton dari University of Canterbury serta Muhamad Faris Mohd. Fairusham dari Victoria University of Wellington. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI