fbpx

Najib cabar kewujudan Titah Adendum jalani hukuman penjara di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar kewujudan yang didakwa Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan supaya dapat menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Najib juga membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman Titah Utama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda.

Najib, 71, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lalu menerusi Tetuan Shafee & Co.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Pendengaran untuk permohonan ini ditetapkan pada esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh.

Dalam notis permohonan dalam sistem carian mahkamah, Najib berkata, jika Titah Adendum itu wujud, kesemua atau salah seorang responden diarahkan untuk melaksanakan titah Yang Di-Pertuan Agong ke-16 itu dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya yang diketahui di Kuala Lumpur.

Ia yang mana Najib akan menjalani hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Najib juga memohon satu perintah supaya kesemua atau salah seorang responden memberikan salinan Titah Utama dan Titah Adendum yang dititahkan Al-Sultan Abdullah pada 29 Januari lalu.

Sementara itu, menerusi afidavit yang diikrarkan Najib pada 1 April lalu Najib berkata, beliau memaklumkan melalui sesalinan surat bertulis kepada Al-Sultan Abdullah pada 25 Mac lalu terhadap niatnya untuk memfailkan notis permohonan semakan kehakiman ini terhadap pihak berkuasa yang relevan berkenaan Titah Adendum itu.

Najib menambah permohonannya bersifat bona fide (niat baik) kerana beliau terjejas teruk selain turut memfailkan notis perakuan segera supaya pemohonan itu didengar sebelum tarikh Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.

Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI